awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monyet cedera pergi kedai ubat

Agensi
Agensi
25/11/2019
04:31 MYT
Monyet cedera pergi kedai ubat
Monyet tersebut seperti mengadu sedang kesakitan ketika ia melompat pada kaunter kedai ubat-ubatan itu.
Seorang pemilik kedai ubat-ubatan di timur India menerima kunjungan 'pelanggan' luar biasa ketika kejadian pada minggu lalu.
Anajum Ajim yang membuka kedai di Mallapur, daerah Birbhum di Bengal Barat terkejut selepas seekor monyet melompat ke atas kaunter dan seolah-olah mengadu ia sedang kesakitan dipercayai akibat bergaduh.
"Saya kemudiannya memberinya ubat tahan sakit bersama air. Monyet itu seperti kehausan kerana ia meminum tiga gelas air. Selepas itu, saya turut meletakkan ubat pada luka di bahu, kaki dan lehernya," ujarnya.
Menurutnya lagi, monyet itu berehat selama sejam di atas meja di luar kedai ubat terbabit sebelum ia melompat dan meninggalkan premis tersebut.
Monirul Islam yang sempat merakamkan kejadian itu berkata, dia melihat kejadian itu agak menarik dan mencuit hati. - Agensi
Topic Berkaitan
#India
#monyet cedera
#monyet melompat
#timur India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan