awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS mungkin hantar sehingga 50 kereta kebal Abrams ke Ukraine minggu ini

Bernama
Bernama
25/01/2023
08:34 MYT
AS mungkin hantar sehingga 50 kereta kebal Abrams ke Ukraine minggu ini
Pakej itu akan merangkumi sejumlah kereta kebal bersaiz batalion yang mengandungi 30-50 jentera.- Fail REUTERS
MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) mungkin menghantar sehingga 50 kereta kebal M1 Abrams ke Ukraine, dengan keputusan dijangka diumumkan pada Rabu, lapor Sputnik.
Menurut Agensi Anadolu, seorang pegawai AS berkata pakej itu akan merangkumi sejumlah kereta kebal bersaiz batalion yang mengandungi 30-50 jentera.
Pada Selasa, media melaporkan Washington mungkin mengumumkan seawal minggu ini penghantaran sebilangan besar kereta kebal M1 Abrams ke Ukraine. Pengumuman itu dilaporkan akan menjadi sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas dengan Jerman yang juga berjanji membekalkan sejumlah kecil kereta kebal Leopard 2 ke Ukraine.
Ukraine meminta sekurang-kurangnya 300 kereta kebal tempur daripada penderma Baratnya, yang dianggapnya akan menjadi pencetus perubahan dalam konflik dengan Rusia.
Kereta kebal Abrams merupakan kenderaan rumit yang memerlukan penyelenggaraan dan penggunaan yang betul, kata Setiausaha Akhbar Pentagon Pat Ryder. Ryder pada Selasa, namun enggan mengulas mengenai latihan mengenai kereta kebal Abrams sekiranya AS memutuskan untuk membekalkannya.
Negara Barat meningkatkan sokongan ketenteraan mereka untuk Ukraine selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di negara itu pada 24 Februari 2022, atas pemintaan daripada republik Donetsk dan Luhansk yang memisahkan diri.
Pada April, Moscow menghantar nota kepada negara anggota NATO mengutuk bantuan ketenteraan mereka kepada Kyiv. Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov memberi amaran bahawa sebarang penghantaran senjata di wilayah Ukraine akan menjadikannya sebagai "sasaran sah" untuk tentera Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Ukraine
#kereta kebal M1 Abrams
#Moscow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan