awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid tadika diseret, dihentak ke almari oleh guru

Sinar Harian
Sinar Harian
04/05/2018
23:35 MYT
Murid tadika diseret, dihentak ke almari oleh guru
Liao Ziyu, 5 tahun, mengalami pendarahan di kepala dan terpaksa menerima tiga jahitan akibat tindakan kejam guru terbabit.
Seorang murid tadika di China mengalami kecederaan parah di kepala setelah diheret dari tempat duduk lalu dihentak ke almari oleh gurunya, lapor Daily Mail.
Liao Ziyu, 5 tahun, mengalami pendarahan di kepala dan terpaksa menerima tiga jahitan akibat tindakan kejam guru terbabit.
Menurut bapa Ziyu, ketika kejadian seorang murid menarik rambut anaknya, dan apabila Ziyu menoleh ke belakang, dengan tidak semena-mena guru yang dikenali sebagai Guo itu marah lalu menyeret Ziyu ke hadapan kelas.
Guru itu kemudian menghempas tubuh anak kecil itu ke almari.
Pengetua tadika yang menyedari insiden terbabit segera mengejarkan kanak-kanak itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Laporan polis kemudian dibuat ibu bapa Ziyu, Guo mendakwa ketika kejadian emosinya tidak stabil dan dia tidak sengaja mahu berbuat demikian.
Guo dikenakan denda dan ditahan selama 15 hari kerana mendatangkan kecederaan teruk.
Pihak tadika turut meminta maaf dan diarah tutup selama seminggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#almari
#China
#guru
#hentak
#Liao Ziyu
#murid tadika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan