awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzik video air mata Ifan kenang momen bersama arwah isteri, rakan-rakan Seventeen

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2019
04:04 MYT
Muzik video air mata Ifan kenang momen bersama arwah isteri, rakan-rakan Seventeen
Video klip itu turut memaparkan visual dan gambar momen manis Ifan bersama Dylan serta rakan-rakannya dalam Seventeen.
IFAN, satu-satunya anggota Seventeen yang terselamat daripada tragedi Tsunami di Palu, Indonesia pada Disember lalu muncul dengan sebuah video muzik terbaharu yang menyentuh perasaan.
Berganding dengan kumpulan Armada, video muzik berjudul 'Demi Tuhan Aku Ikhlas' itu didedikasikan khusus oleh Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah buat isterinya, Allahyarham Dylan Sahara yang maut dalam tragedi pilu itu.
'Demi Tuhan Aku Ikhlas' juga merupakan terjemahan rasa duka mendalam penyanyi itu buat rakan-rakan pemuzik Seventeen Bani, Herman dan Andi yang turut terkorban ketika banda berkenaan menjayakan persembahan semasa musibah Tsunami melanda.
Video muzik berkenaan turut memaparkan visual dan gambar momen manis Ifan bersama wanita pujaan serta rakan-rakannya dalam Seventeen.
Sebelum ini Ifan meminta agar sesiapa yang ada menyimpan gambar isterinya yang terkorban dalam musibah Tsunami itu agar dapat berkongsi dengannya.
Ini kerana, kata Ifan, banyak gambar kenangan bersama Allahyarham isterinya, Dylan Sahara, disimpan dalam telefon pintarnya yang hilang sewaktu Selat Sunda dilanda tragedi itu.
BACA: Tsunami Selat Sunda: 'Sebenarnya Allah mengirimkan tiga penyelamat' - Ifan Seventeen BACA: Ifan Seventeen mohon ruang ubati kesedihan BACA: 'Dulu saya marah dia muat naik gambar ini, tapi sekarang...' - Ifan Seventeen
Topic Berkaitan
#ARMADA
#gempa
#Ifan
#Indonesia
#Lagu
#mati
#maut
#music
#music video
#muzik
#Nahas
#Palu
#pop
#Selat Sunda
#SEVENTEEN
#tewas
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan