awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium New York pindahkan tugu patung Theodore Roosevelt

Agensi
Agensi
22/06/2020
15:00 MYT
Muzium New York pindahkan tugu patung Theodore Roosevelt
Tugu patung itu dianggap membawa maksud jurang antara kaum yang sekian lama membelenggu negara tersebut. - Reuters
Tugu patung bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Theodore Roosevelt yang diletakkan di hadapan Muzium Sejarah, New York akan dipindahkan ke lokasi lain.
Perkara itu diumumkan pejabat Datuk Bandar New York pada Ahad.
Permohonan untuk memindahkan tugu itu dibuat oleh pihak muzium sendiri.
Tugu berkenaan memperlihatkan Roosevelt menunggang kuda di tengah-tengah antara lelaki berketurunan Asli Amerika dan lelaki Afrika.
Pengumuman itu dibuat ketika AS kembali dilanda isu perkauman sekali gus memaksa beberapa pemindahan monumen dilakukan.
"Muzium Sejarah telah memohon untuk memindah keluar patung Theodore Roosevelt kerana ia secara tidak langsung menggambarkan orang kulit hitam dan orang asli adalah daripada golongan bawahan.
"Kami menghormati permohonan mereka. Ini adalah keputusan tepat dan dibuat pada masa yang tepat," kata pejabat datuk bandar dalam satu kenyataan kepada CNN.
Walaupun tugu patung itu dikatakan membawa maksud Roosevelt sebagai "ahli sejarah yang berdedikasi terhadap sumber sejarah asli", namun ia juga dianggap membawa maksud jurang antara kaum yang sekian lama membelenggu negara tersebut.
Buat masa ini, tarikh bila tugu itu akan dipindahkan belum diumumkan, dan ke mana ia akan dipindahkan atau disimpan juga tidak didedahkan.
Pembinaan tugu itu bermula pada tahun 1925 dan mula dipamerkan kepada umum pada 1940.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#kulit hitam
#muzium
#New York
#Orang Asli
#presiden
#Theodore Roosevelt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan