WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak akan memberikan kerakyatan berasaskan hak kelahiran kepada anak-anak pekerja kerajaan asing yang dilahirkan di negara itu sekiranya tiada seorang pun ibu atau bapa mereka merupakan warganegara AS, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dalam satu dokumen, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“DHS juga menjelaskan bahawa anak kepada pekerja kerajaan asing tidak tertakluk kepada bidang kuasa AS bagi tujuan kewarganegaraan hak kelahiran melainkan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu atau bapa anak berkenaan adalah warganegara AS,” menurut dokumen yang diterbitkan pada Jumaat.
DHS berkata bahawa anak kepada pekerja kerajaan asing bagaimanapun layak mendapat status pemastautin tetap di AS.
AS menganggap diplomat negara luar sebagai pekerja kerajaan asing.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI