INTERNATIONAL
Nahas Pakistan: Kerosakan teknikal punca helikopter terhempas

Kerosakan teknikal menjadi punca nahas helikopter pada Jumaat yang meragut nyawa enam orang termasuk isteri duta Malaysia ke Pakistan.
Kerosakan teknikal menjadi punca nahas helikopter pada Jumaat yang meragut nyawa enam orang termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud.
Tentera Udara Pakistan berkata kebakaran susulan telah menyebabkan jumlah kematian yang banyak, lapor agensi berita AP.
Selain Habibah, lima yang lain ialah duta Filipina dan Norway serta isteri duta dari Indonesia dan juga juruterbang dan kru.
Mereka dilaporkan dalam perjalanan ke Naltar untuk menyaksikan perasmian kemudahan kerusi ski di sebuah resort luncur salji.
Jurucakap Tentera Udara, Syed Muhammad Ali berkata kerosakan teknikal menyebabkan pesawat terpaksa mendarat cemas dan terbakar sejurus terhempas di perkampungan di Naltar.
Terdahulu, puak Taliban mengaku bertanggungjawab menembak jatuh helikopter malang itu dengan peluru berpandu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami