Skip to main content

Dunia

Naib Presiden AS Vance berlepas ke Switzerland untuk rundingan teknikal dengan Iran

Vice President JD Vance speaks to reporters at Joint Base Andrews, Md., Saturday, June 20, 2026, en route to Switzerland. (Elizabeth Frantz/Pool Photo via AP)
Vance bercakap kepada media di Pangkalan Bersama Andrews, Maryland, 20 Jun 2026, dalam perjalanan ke Switzerland. (Foto AP)
Advertisement

WASHINGTON DC (AMERIKA SYARIKAT): Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) JD Vance berlepas dari Washington untuk menyertai rundingan dengan pegawai Iran yang dijadual berlangsung pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

"Naib Presiden JD Vance berlepas dari Washington, D.C. menuju ke Switzerland," menurut jurucakap Vance, Luke Schroeder menerusi platform media sosial X.

Rundingan itu akan berlangsung di Burgenstock di bawah rangka Memorandum Persefahaman Islamabad, menurut Kementerian Luar Pakistan.

Vance sebelum ini memaklumkan bahawa utusan AS Jared Kushner dan Steve Witkoff telah berada di lokasi bagi menangani aspek teknikal rundingan berkenaan.

Beliau turut menyatakan keyakinan tinggi bahawa Washington dan Tehran mampu mengekalkan gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement