SISTEM komunikasi angkasa lepas berasaskan laser Deep Space Optical Communication (DSOC) mencatatkan satu lagi sejarah apabila ia berjaya menghantar data ke bumi dari jarak 226 juta kilometer (km) pada 8 April lalu.

Ini adalah lebih 7 kali ganda lebih jauh berbanding rekod 31 juta kilometer yang berjaya dicatatkan pada Disember tahun lalu.

Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC berjaya dihantar semula ke bumi pada kelajuan 25 Mbps.

Ini juga adalah kelajuan yang di luar jangkaan NASA yang hanya mengharapkan kelajuan 1 Mbps pada ujian yang dijalankan.



Sistem komunikasi radio yang digunakan sekarang mempunyai kelajuan penghantaran data pada kadar 5.2 Mbps sahaja yang terlalu perlahan untuk keperluan komunikasi antara bumi dan koloni Marikh di masa hadapan.

DSOC ingin meningkatkan kadar penghantaran data antara 10-100 kali ganda bagi membolehkan perhubungan video masa nyata dan penghantaran data besar dengan lebih pantas. -Amanz