SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW) di Australia pada Jumaat menggesa penduduk yang mudah dijangkiti supaya berwaspada dengan jangkitan listeria selepas negeri itu menyaksikan peningkatan kes, lapor Xinhua.

Jabatan kesihatan NSW mengingatkan individu yang sistem imun mereka terjejas, wanita hamil, atau warga emas berumur lebih dari 65 tahun untuk mengelakkan makanan tertentu yang boleh menyebabkan listeria dan sentiasa peka terhadap kemungkinan pencemaran buah semasa memotongnya.

Makanan yang disenaraikan termasuk daging makanan sejuk, ayam sejuk yang sudah dimasak, buah pra-potong atau buah yang sudah siap, susu atau produk susu yang tidak dipasteur, salad sejuk yang sudah dibungkus, makanan laut sejuk atau mentah, keju yang tidak dimasak dan ais krim.

Pengarah cawangan One Health NSW Health Keira Glasgow berkata amaran itu dibuat selepas negeri itu melihat peningkatan jumlah kes listeria yang dilaporkan dan penduduk yang dirawat di hospital kerana penyakit tersebut.

"Pada tahun ini, kami telah merekodkan 25 kes listeria dalam kalangan penduduk NSW, yang lebih banyak daripada yang biasa kami jangkakan sepanjang tahun," kata Glasgow.

Jangkitan listeria berpunca daripada pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria Listeria monocytogenes, boleh menyebabkan penyakit yang teruk atau bahkan kematian pada orang yang lebih tua, hamil atau mempunyai keadaan kesihatan yang mendasari.

--BERNAMA-XINHUA