awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu desak Ketua PBB segera keluarkan pasukan pengaman di Lubnan

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2024
12:00 MYT
Netanyahu desak Ketua PBB segera keluarkan pasukan pengaman di Lubnan
Netanyahu gesa Guterres untuk segera mengeluarkan pasukan pengaman PBB (UNIFIL) dari selatan Lubnan selepas ramai daripada mereka cedera dalam serangan Israel. -Gambar fail/Reuters
BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam kenyataan pada Sabtu menggesa Setiausaha Agung PBB António Guterres untuk mengeluarkan pasukan pengaman PBB yang ditempatkan di selatan Lubnan selepas ramai daripada mereka cedera dalam serangan Israel.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menggesa Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, untuk segera mengeluarkan pasukan pengaman PBB (UNIFIL) dari selatan Lubnan selepas ramai daripada mereka cedera dalam serangan Israel.
  • Sekurang-kurangnya lima pasukan pengaman PBB telah cedera dalam beberapa hari kebelakangan ini ketika tentera Israel bertempur dengan Hezbollah di selatan Lubnan.
  • Netanyahu menyatakan bahawa tentera Israel telah beberapa kali meminta UNIFIL untuk berundur, tetapi permintaan tersebut ditolak berulang kali, menjadikan mereka 'perisai manusia' kepada Hezbollah dan membahayakan nyawa mereka serta askar Israel.

"Encik Setiausaha Agung, keluarkan pasukan UNIFIL dari kawasan bahaya. Ia perlu dilakukan sekarang, segera," kata Netanyahu dalam satu kenyataan video yang dikeluarkan oleh pejabatnya.
Sekurang-kurangnya lima pasukan pengaman PBB telah cedera dalam beberapa hari kebelakangan ini ketika tentera Israel bertempur dengan Hezbollah di selatan Lebanon.
Gesaan Netanyahu ini disuarakan sehari selepas pasukan PBB di Lubnan enggan berundur dari kawasan sempadan walaupun lima anggotanya cedera akibat tembakan Israel.
Bercakap dalam mesyuarat kabinet, Netanyahu berkata tentera Israel telah beberapa kali meminta UNIFIL untuk berundur, tetapi ditolak berulang kali, sekali gus memberi 'perisai manusia' kepada Hezbollah.
"Penolakan anda untuk mengeluarkan askar UNIFIL menjadikan mereka tebusan kepada Hezbollah. Ini membahayakan mereka dan nyawa askar kami.
"Kami kesal dengan kecederaan yang dialami askar UNIFIL, dan kami melakukan segala yang termampu untuk mengelakkannya.
"Tetapi cara yang mudah dan jelas untuk memastikannya adalah dengan mengeluarkan mereka dari zon bahaya," kata Netanyahu lagi.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Antonio Guterres
#UNIFIL
#pasukan pengaman PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan