NEW YORK: New York sedang mencari individu yang layak bagi mengisi jawatan "pengarah mitigasi tikus" bagi membantu mengusir tikus di kota metropolitan itu.
Pejabat Timbalan Datuk Bandar mengeluarkan iklan jawatan itu, minggu lalu.
"Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk melakukan perkara yang mustahil? Mempunyai latar belakang dalam perancangan bandar, pengurusan projek, atau sektor kerajaan? Dan yang paling penting, dorongan, keazaman dan 'naluri membunuh' diperlukan untuk melawan musuh populasi tikus di New York?" itu yang ditulis pada iklan tersebut.
Pengarah mitigasi tikus akan bekerja di bawah timbalan datuk bandar untuk operasi dan Pejabat Datuk Bandar.
Calon yang berjaya bukan sahaja akan bekerja di pejabat, tetapi individu itu juga perlu memimpin dari hadapan, menggunakan teknik bagi menghapuskan tikus dengan cekap, kata iklan itu lagi.
Gaji tahunan yang ditawar ialah antara AS$120,000 (RM526,500) hingga AS$170,000 (RM745,875), atau kira-kira sekurang-kurangnya AS$10,000 (RM43,875) sebulan.
Tidak dapat dipastikan populasi tikus di bandar yang dikenali sebagai Big Apple itu. Bagaimanapun, jenaka dalam kalangan penduduk New York ialah jumlah tikus di bandar raya itu melebihi manusia (iaitu kira-kira lapan juta).
Satu kajian yang dibuat pada 2014 oleh ahli statistik Jonathan Auerbach, menganggarkan terdapat hanya sekitar 2 juta tikus New York.
Agensi
Sun Dec 04 2022
Jenaka dalam kalangan penduduk New York ialah jumlah tikus di bandar raya itu melebihi manusia. - Gambar hiasan
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke mesyuarat bersama pelabur di New York
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati
Seorang wanita tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.
Umat Islam di New York teruja sambut kedatangan Ramadan
Ribuan umat Islam di New York menyambut permulaan Ramadan pada Ahad, dengan berkumpul di Times Square yang simbolik.
Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi
Biarpun Jauh Di New York, Cinta Laura Kiehl Tak Lepas Tanggungjawab Mengundi Sempena PEMILU 2024
Final Piala Dunia 2026 di New York
New York mengenepikan bidaan daripada Dallas untuk memastikan perlawanan final diadakan di bandar raya itu.
Apple Vision Pro mula dijual di New York
Apple Vision Pro dijual pada harga AS$3,499 atau RM16,500 dan dijual dengan storan 256 GB.
COVID-19, flu meningkat di AS ketika musim cuti, tingkat risiko kesihatan
Amerika Syarikat (AS) mengalami peningkatan kes flu dan COVID-19 di tengah-tengah musim cuti.
PBB gesa koridor kemanusiaan buat Gaza dibuka tanpa syarat
Beliau turut menyuarakan bahawa segala bentuk keganasan dan pertumbahan darah antara Palestin dan Israel ketika ini dihentikan serta merta.