awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19

Agensi
Agensi
09/08/2020
13:44 MYT
New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19
Jacinda Ardern memberi amaran bahawa negara itu tidak boleh terus berpuas hati.
New Zealand berjaya mencatatkan rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad.
Namun Perdana Menteri, Jacinda Ardern memberi amaran bahawa negara itu tidak boleh terus berpuas hati.
“Ya, 100 hari adalah jangka masa yang panjang tetapi sebenarnya itu tidak mengurangkan sebarang risiko.
“Sudah tentu wabak itu akan terus meningkat, dan ia bermakna risiko itu akan terus berlanjutan. Bagaimanapun ia masih merupakan penanda aras yang baik,” jelasnya.
Ketika ini, negara yang dengan populasi lima juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.
Orang ramai mula memenuhi kawasan seperti bar dan restoran, malah ada yang menghadiri perlawanan ragbi di stadium seolah-olah wabak COVID-19 sudah berakhir.
New Zealand berjaya bebas daripada jangkitan baharu selepas mula mengenakan sekatan pergerakan pada akhir Mac lalu selepas 100 orang disahkan positif penyakit itu.
Topic Berkaitan
#100 hari
#COVID-19
#Jacinda Ardern
#koronavirus
#New Zealand
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan