KUALA LUMPUR:Keputusan Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) tidak akan diumumkan sehari selepas pilihan raya seperti sebelum ini.
Sebaliknya, Pengarah Eksekutif Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya, Prof Dr Shakila Yacob berkata, pengumuman itu akan mengambil sedikit masa memandangkan ia dilakukan dalam norma baharu.
Ekoran pandemik, katanya, rakyat AS dibenarkan melakukan undi pos dan jumlah undi dijangka meningkat berbanding pilihan raya sebelum ini.
"Selain itu, persaingan sengit antara kedua-dua calon presiden juga akan menyebabkan lebih banyak rakyat AS keluar mengundi," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr Shakila berkata, hasil perolehan undi elektorat dari enam negeri di AS pada pilihan raya itu bakal menentukan siapakah yang akan dipilih sebagai Presiden AS.
Enam negeri itu katanya, adalah Arizona, Florida, Michigan, Carolina Utara, Pennsylvania dan Wisconsin.
Beliau memberitahu, pada pilihan raya lalu, Trump hanya menang tipis di negeri-negeri itu, yang menyebabkan Presiden AS itu dan pesaingnya aktif melakukan lawatan pada saat-saat akhir.
"Kalau kita tengok, Florida sendiri mempunyai 29 undi elektorat dan ia adalah satu jumlah besar yang boleh menjadi penentu kemenangan," jelasnya.
Sementara itu, beliau berpendapat pemilihan Trump akan menyaksikan keseimbangan politik dunia tergugat ekoran dasar-dasar luar beliau yang kontroversi dan melawan arus.
Umavathi Ramayah
Tue Nov 03 2020
Keputusan Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) tidak akan diumumkan sehari selepas pilihan raya seperti sebelum ini. - Gambar fail/AP
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden
Jika keputusan itu dikekalkan, Lee boleh kehilangan kerusi parlimennya dan dilarang bertanding dalam pilihan raya presiden 2027.
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Peningkatan pengundi baharu dalam undian awal boleh ubah haluan negeri penentu di AS
Dengan hampir 60 juta undi telah disempurnakan, data undian awal memberikan gambaran mengenai kedinamikan perlumbaan presiden tahun ini.
Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan
Tinjauan menunjukkan bahawa 47 peratus pengundi di AS akan memilih Trump, berbanding 45 peratus untuk Harris.
Elon Musk bagi dana politik RM322 juta untuk kempen Trump
Sumbangan dana politik itu menunjukkan pengaruh besar Musk dalam menyokong kempen Trump sempena pilihan raya 5 November ini.
Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan
Berdasarkan tinjauan, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.
Evo Morales tidak layak bertanding Pilihan Raya Presiden 2025
Sekatan itu berpunca daripada Perlembagaan negara bukannya keputusan yang dibuat oleh pentadbiran semasa.
Pilihan Raya Presiden Sri Lanka masuk pusingan kedua pengiraan undi
Pilihan raya presiden negara itu memasuki pengiraan undian pusingan kedua.
Pengundian Pilihan Raya Presiden Sri Lanka berakhir dengan aman
Kira-kira 63,000 pegawai polis ditugaskan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan selamat.