NEW DELHI: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa menyambut baik resolusi mengenai memerangi Islamofobia yang diterima pakai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata inisiatif itu diperlukan bagi memerangi diskriminasi dan keganasan terhadap umat Islam di beberapa negara.
"Ia adalah "resolusi penting", katanya semasa berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC di Islamabad.
Resolusi yang ditaja secara bersama anggota OIC dan beberapa negara lain itu telah diterima pakai Perhimpunan Agung PBB, serta menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia.
Imran kesal pemimpin Islam tidak dapat bertindak balas secara berkesan terhadap tohmahan anti-Islam selepas serangan pengganas 2001 di Amerika Syarikat.
"Kita gagal menangkis naratif ini," katanya.
Islam telah dimomokkan secara tidak adil menerusi gelombang Islamofobia, kata Imran.
"Buat pertama kalinya, Islamofobia diakui suatu realiti dan kita perlu lakukan sesuatu mengenainya," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha berkata beliau berharap resolusi PBB akan menggalakkan budaya toleransi dan keamanan.
"Kita perlu bekerjasama dengan anggota masyarakat antarabangsa bagi memerangi fenomena ini (Islamofobia)," katanya.
Bertemakan "Perkongsian demi Perpaduan, Keadilan dan Pembangunan" mesyuarat dua hari ini turut dihadiri perwakilan bukan ahli, termasuk Menteri Luar China Wang Yi dan Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Luar Don Pramudwinai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Resolusi yang ditaja secara bersama anggota OIC dan beberapa negara lain itu telah diterima pakai Perhimpunan Agung PBB.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.