awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oman umum perjanjian gencatan senjata antara AS, Houthi

Bernama
Bernama
07/05/2025
03:30 MYT
Oman umum perjanjian gencatan senjata antara AS, Houthi
Sebuah kapal melepaskan peluru berpandu ke lokasi yang tidak didedahkan, selepas Trump, melancarkan serangan ketenteraan terhadap kumpulan Houthi di Yaman Mac lalu. - Foto fail/REUTERS
ISTANBUL: Oman pada Selasa mengumumkan bahawa usaha pengantaraannya membawa kepada perjanjian gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan kumpulan Houthi di Yaman, selepas kenyataan Presiden Donald Trump bahawa kumpulan itu tidak lagi melancarkan serangan ke atas kapal dagang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Menerusi rundingan dan hubungan terkini yang dijalankan oleh Oman dengan Amerika Syarikat serta pihak berkuasa berkaitan di Sana'a, Yaman bagi tujuan meredakan ketegangan, usaha berkenaan menghasilkan perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua pihak.
"Pada masa hadapan, tiada pihak akan menyasarkan pihak satu lagi, termasuk kapal Amerika di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandab bagi memastikan kebebasan pelayaran dan kelancaran perdagangan maritim antarabangsa," kata Menteri Luar Oman Badr Albusaidi dalam kenyataan menerusi platform X.
Oman turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pihak atas pendekatan membina yang membawa kepada hasil positif, dan berharap ia akan membuka jalan kepada kemajuan lanjut dalam pelbagai isu serantau ke arah keadilan, keamanan dan kemakmuran untuk semua, katanya.
Kumpulan Houthi mula menyerang laluan perkapalan di Laut Merah dan Laut Arab selepas tercetusnya perang Israel di Gaza, sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin.
Pada Mac lalu, Trump melancarkan operasi ketenteraan terhadap kumpulan itu di Yaman.
Terdahulu, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Kanada Mark Carney di Rumah Putih, Trump berkata Houthi memaklumkan bahawa mereka tidak lagi melancarkan serangan ke atas kapal dagang dan Amerika Syarikat akan menghentikan serangan ke atas Yaman sebagai tindak balas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Houthi
#Donald Trump
#Laut Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami