awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi di loji nuklear Zaporizhzhia dihentikan sepenuhnya - Ukraine

Bernama
Bernama
11/09/2022
09:42 MYT
Operasi di loji nuklear Zaporizhzhia dihentikan sepenuhnya - Ukraine
Loji yang di bawah kawalan Rusia sejak Mac itu telah terputus daripada grid kuasa pada Isnin lalu. - Reuters
ISTANBUL: Ukraine pada Ahad memaklumkan operasi di loji tenaga nuklear terbesar Eropah telah dihentikan sepenuhnya.
Reaktor terakhir loji Zaporizhzhia telah diputuskan daripada grid kuasa pada 3.41 pagi (0041GMT), lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pengendali kuasa atom Ukraine, Energoatom.
Loji yang di bawah kawalan Rusia sejak Mac itu telah terputus daripada grid kuasa pada Isnin lalu, susulan kebimbangan semakin meningkat mengenai bencana nuklear ketika Moscow dan Kyiv saling tuduh-menuduh terhadap serangan ke atas kemudahan itu.
Energoatom memaklumkan talian elektrik telah dipulihkan pada Sabtu bagi membolehkan pegawai "menutup unit kuasa No 6 dan menukarkannya kepada keadaan paling selamat - penutupan."
Agensi itu memberi amaran bahawa risiko kerosakan dan bekalan kuasa terputus untuk berulang "kekal tinggi."
Dalam senario sedemikian, loji itu perlu "menggunakan kuasa diesel, dengan sumber terhad," menurut kenyataan itu.
Zaporizhzhia, antara 10 loji tenaga nuklear terbesar di dunia, menjana 20 peratus tenaga elektrik Ukraine sebelum krisis.
Sepasukan pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) diketuai Rafael Grossi memeriksa kemudahan itu minggu lalu.
Semasa memberi taklimat mengenai laporan berkaitan keadaan loji berkenaan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Grossi berkata kerosakan akibat serangan ke atas kemudahan itu "sama sekali tidak boleh diterima," memberi amaran bahawa ia seperti "bermain dengan api" dan boleh membawa kepada "malapetaka."
Kenyataan Energoatom juga menyeru Rusia untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan itu dan "mewujudkan zon bebas tentera."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji nuklear
#Zaporizhzhia
#Ukraine
#Moscow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan