awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi Lufthansa di seluruh dunia terjejas akibat gangguan sistem komputer

Bernama
Bernama
15/02/2023
21:20 MYT
Operasi Lufthansa di seluruh dunia terjejas akibat gangguan sistem komputer
Gangguan serius terhadap sistem komputer pada Rabu telah melumpuhkan operasi syarikat penerbangan Lufthansa di seluruh dunia, menyebabkan banyak penerbangan tertangguh atau dibatalkan. -Gambar fail/AP
BERLIN: Gangguan serius terhadap sistem komputer pada Rabu telah melumpuhkan operasi syarikat penerbangan Lufthansa di seluruh dunia, menyebabkan banyak penerbangan tertangguh atau dibatalkan, lapor Agensi Anadolu.
Sistem yang terjejas itu termasuk daftar masuk dan sistem untuk menaiki pesawat.
Menurut saluran televisyen (TV) Jerman RTL, dalam beberapa kes memaksa operasi dijalankan secara manual manakala saluran berita n-tv melaporkan tiada pesawat boleh beroperasi ketika ini.
Pesawat serta penumpang dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Frankfurt. Usaha sedang dilakukan untuk mencari penyelesaian, menurut jurucakap di Frankfurt pada Rabu.
Menurut data portal Flightradar24, banyak penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan pada Rabu dan sehingga ini belum jelas punca gangguan sistem itu.
Di Frankfurt, Agensi Akhbar Jerman dpa melaporkan bahawa masalah sistem itu berpunca daripada kerja-kerja pembinaan landasan kereta api di Frankfurt.
Semua penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Frankfurt terpaksa dilencongkan untuk mengurangkan kapasiti pesawat yang mendarat di lapangan terbang itu.
Pesawat dilencongkan ke lapangan terbang Nuremberg, Cologne dan Dusseldorf namun, operasi pelepasan masih dilakukan di Frankfurt.
Munich, hab utama lain untuk Lufthansa, masih membenarkan pesawat mendarat buat masa ini.
Semua penerbangan domestik Lufthansa di Jerman telah dibatalkan pada Rabu dan penumpang diminta menggunakan kereta api.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lufthansa
#gangguan sistem komputer
#operasi syarikat penerbangan
#lapangan terbang Frankfurt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan