awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah percaya 'lampu ajaib Aladdin', doktor kerugian lebih RM170,000

Agensi
Agensi
01/11/2020
05:14 MYT
Padah percaya 'lampu ajaib Aladdin', doktor kerugian lebih RM170,000
Suspek merupakan dua lelaki yang mendakwa lampu yang dijualnya mampu mengeluarkan 'roh' sama seperti dalam hikayat dongeng Aladdin. -Gambar hiasan/Freepik
UTTAR PRADESH:Seorang doktor di India rugi lebih RM170,000 setelah membayar wang pendahuluan untuk membeli “lampu Aladdin” yang didakwa mampu memberi kekayaan dan kesihatan.
Suspek merupakan dua lelaki yang mendakwa lampu yang dijual mereka mampu mengeluarkan 'roh' sama seperti dalam hikayat dongeng Aladdin.
Dua lelaki berkenaan dilaporkan menjual lampu 'ajaib' itu pada harga AS$200,000 (RM430,000) dengan wang pendahuluan sebanyak AS$41,600 (RM172,766).
Lapor NDTV, mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat aduan di Meerut, barat Uttar Pradesh.
Menurut mangsa, dia bertemu suspek ketika sedang merawat seorang wanita yang didakwa ibu kepada dua lelaki terbabit.
"Mereka memberitahu saya tentang dewa yang mengunjungi rumah mereka, dan mempengaruhi saya untuk datang ke rumah untuk melakukan ritual,” cerita mangsa kepada NDTV.
Mangsa memberitahu dalam satu ritual di rumah dua lelaki berkenaan, 'Aladdin' benar-benar membuat penampilan di depannya.
“Saya hanya menyedari suspek bertudung itu menyamar dengan berpakaian seperti Aladdin,” jelas mangsa.
Susulan laporan mangsa, dua suspek berjaya ditangkap di Uttar Pradesh.
Bagaimanapun suspek ketiga yang merupakan seorang wanita masih bebas.
Topic Berkaitan
#lampu Aladdin
#Uttar Pradesh
#lampu ajaib
#Amit Rai
#doktor di India
#roh dari lampu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan