awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal tahun satu wajar, laluan khas pelajar bersedia
Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar
'Alhamdulillah' - PM sambut positif pengukuhan ringgit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah telan 35 biji Viagra, lelaki alami ketegangan selama lima hari

Agensi
Agensi
21/09/2015
08:25 MYT
Padah telan 35 biji Viagra, lelaki alami ketegangan selama lima hari
Daniel Medforth dianggap 'bernasib baik' kerana insiden terlebih dos pil Viagra sebenarnya boleh menyebabkan masalah lebih serius termasuk kematian. - Foto AFP
Seorang lelaki yang menyahut cabaran rakan-rakan untuk menelan sebanyak 35 biji pil Viagra dalam tempoh sejam akhirnya terlantar di hospital kerana mengalami ketegangan zakar berterusan selama lima hari.
Dalam insiden yang dilaporkan portal berita DailyMail itu, Daniel Medforth yang berasal dari Withernsea di East Yorkshire, England memberitahu cabaran itu diterimanya hanya untuk suka-suka.
Selepas terlebih dos tersebut, lelaki berusia 32 tahun dan bapa kepada dua orang anak itu telah memberitahu isterinya.
Terkejut dengan pengakuan tersebut, isterinya lantas menghubungi hospital untuk menghantar ambulans.
“Saya berasa tidak sihat, pening dan berhalusinasi. Semua yang saya lihat berwarna hijau.
"Saya mengalami ketegangan melampau yang berterusan,” kata Medforth.
Lelaki itu terlantar di hospital bermula 24 Ogos lalu dan telah dipantau dan dirawat selama 36 jam oleh pegawai perubatan.
“Pegawai paramedik sangat profesional namun anda boleh lihat mereka cuba sedaya upaya untuk tidak ketawa atau mempersendakan saya,” ujar Medforth yang merupakan seorang pekerja binaan.
Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Medforth dinasihatkan berehat di rumah untuk beberapa hari lagi memandangkan saki-baki ketegangan zakarnya masih berlaku.
“Setiap kali ia terkena sesuatu dalam tempoh lima hari itu, saya mengalami ketegangan serta-merta.
"Isteri saya telah memaafkan saya dan saya sedar saya bernasib baik,” kata Medforth.
Kes yang dialaminya boleh dianggap ‘bertuah’ kerana pengambilan Viagra tanpa mengikut dos yang berpatutan sebenarnya boleh menyebabkan kematian.
Topic Berkaitan
#ketegangan
#lelaki
#telan
#terlebih dos
#Viagra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan