ISLAMABAD: Pihak berkuasa di Pakistan memberi amaran kemungkinan negara itu mengambil masa sehingga enam bulan untuk pulih daripada banjir, terutamanya beberapa kawasan yang paling teruk terjejas.
Hal itu disuarakan ketika kebimbangan terhadap ancaman penyakit bawaan air termasuk taun dan denggi, semakin meningkat.
Banjir yang disebabkan oleh hujan monsun dan pencairan glasier di kawasan pergunungan di utara Pakistan setakat ini telah meragut nyawa lebih 1,400 orang, dan menjejaskan kira-kira 33 juta lagi penduduk.
Nilai kemusnahan dijangka mencecah lebih AS$30 bilion, tiga kali ganda daripada anggaran awal iaitu sekitar AS$10 bilion.
“Karachi sedang mengalami wabak denggi dan ribuan pesakit dibawa ke hospital setiap hari. Kes denggi tahun ini adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas. Dengan 584,246 orang hilang tempat tinggal, krisis kesihatan boleh mendatangkan malapetaka jika ia tidak dibendung," kata Menteri Iklim Pakistan, Sherry Rehman.
Rehman memberi amaran bahawa negara itu kini menghadapi isu kekurangan makanan, berikutan kemusnahan sehingga 70 peratus tanaman ruji seperti beras dan jagung, dan mereka amat memerlukan "makanan, khemah dan ubat-ubatan."
Banjir juga dijangka semakin buruk, terutamanya di kawasan di sepanjang Sungai Indus di wilayah Sindh, dengan ramalan meteorologi menunjukkan hujan berterusan dijangka berlaku hingga September.
Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Ketua Menteri Sindh Murad Ali Shah berkata hujan monsun yang berpanjangan membuatkan kerja-kerja membersihkan air mengambil masa yang lama, dengan anggaran antara tiga hingga enam bulan.
Beliau menambah, tasik air tawar terbesar di negara itu, Manchar, telah melimpah sejak awal September, menjejaskan ratusan buah kampung dan lebih 100,000 penduduk.
“Kami sedang mempercepatkan usaha menyediakan ubat-ubatan dan rawatan kepada 81 daerah yang dilanda banjir di negara ini. Bagaimanapun, ini masih anggaran awal kerana situasi akan bergantung kepada data semasa,” kata Shah.
Agensi
Wed Sep 14 2022
Banjir Pakistan setakat ini telah meragut nyawa lebih 1,400 orang. - Foto Reuters
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
GPM Malaysia kecam serangan bom di Pakistan, mahu tindakan segera diambil
Global Peace Mission (GPM) Malaysia kecam insiden pengeboman ngeri di Stesen Kereta Api Quetta di Balochistan, Pakistan.
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
Letupan di stesen kereta api Pakistan ragut 20 nyawa, lebih 30 cedera
Letupan di wilayah Balochistan itu turut menyebabkan lebih 30 orang cedera dan angka korban dijangka meningkat.