awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan bebaskan juruterbang tentera India

Agensi
Agensi
01/03/2019
16:31 MYT
Pakistan bebaskan juruterbang tentera India
Penyerahan juruterbang tentera India, Komander Abhinandan Varthaman yang ditawan oleh Pakistan turut disiarkan di televisyen. - Foto AP/B.K. Bangash
Kerajaan Pakistan telah menyerahkan juruterbang tentera India, yang ditawan selepas jet pejuang yang dipandunya ditembak jatuh Rabu lalu.
Keputusan pembebasan Komander Abhinandan Varthaman itu dilakukan sebagai usaha menjernihkan situasi antara kedua-dua negara tersebut.
Jurucakap kerajaan India pada Jumaat turut mengesahkan kepulangan juruterbang berkenaan yang telah selamat tiba di negara itu lewat malam.
Menurut mereka, Abhinandan akan dibawa ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi dalam satu kenyataan pula memaklumkan, pembebasan itu adalah sebagai tanda keamanan dan meredakan ketegangan.
Selain itu, beliau turut memuji tenteranya kerana bersikap profesional dan melayan Abhinandan dengan baik.
BACA: Pakistan tawan juruterbang pesawat pejuang India
BACA: Pakistan akan bebaskan juruterbang tentera India pada Jumaat
Terdahulu, jet pejuang yang dipandu Abhinandan dilaporkan hilang selepas ia ditembak jatuh oleh jet pejuang Pakistan di kawasan sempadan Kashmir-India.
Namun, Abhinandan kemudiannya dilaporkan telah ditawan oleh tentera Pakistan.
Ketegangan India-Pakistan meningkat sejak ke pengeboman berani mati di wilayah kumpulan bersenjata Pakistan, Jaish-e-Muhammad (JeM) di Kashmir yang menyebabkan 42 separa tentera pada 14 Februari lalu.
Ia semakin memuncak pada Selasa apabila Pakistan melancarkan serangan udara merentasi sempadan kawalan (LoC) membahagi wilayah India dan Pakistan di Kashmir, dan menembak jatuh dua jet tentera India.
Bagaimanapun, Pakistan mendakwa tindakan negara itu menambak jatuh pesawat MiG-21 milik India bukanlah satu bentuk serangan balas, sebaliknya hanya satu cara untuk menunjukkan kemampuan ketenteraan negara itu.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Pakistan
#Komander Abhinandan Varthaman
#Pakistan bebaskan juruterbang India
#Pakistan releases captured Indian pilot
#Pakistan serahkan juruterbang tentera India
#Shah Mahmood Qureshi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan