ISTANBUL: Pakistan pada awal Ahad menyambut baik “usaha luar biasa” Presiden Donald Trump dalam mengusahakan keamanan, susulan panggilan telefon dengan pemimpin Arab Saudi, Qatar, Turkiye, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Pakistan, lapor Anadolu Ajansi.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas usaha luar biasa beliau dalam mengusahakan keamanan dan kerana mengadakan panggilan telefon yang amat berguna serta produktif awal hari ini dengan pemimpin Arab Saudi, Qatar, Turkiye, Mesir, UAE, Jordan dan Pakistan,” kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
Sharif berkata perbincangan itu menyediakan peluang yang berguna untuk bertukar-tukar pandangan mengenai cara memajukan proses berkenaan dan mencapai keamanan berkekalan di rantau itu.
I congratulate President Donald Trump on his extraordinary efforts to pursue peace and for holding a very useful and productive telephone call earlier today, with the leaders of Saudi Arabia, Qatar, Turkiye, Egypt, the UAE, Jordan and Pakistan. Field Marshal Syed Asim Munir…
— Shehbaz Sharif (@CMShehbaz) May 24, 2026
Beliau turut berkata Pakistan akan meneruskan usaha damainya “dengan penuh keikhlasan” dan berharap negaranya dapat menjadi tuan rumah pusingan rundingan seterusnya tidak lama lagi.
-- BERNAMA-ANADOLU