Skip to main content

Dunia

Pakistan serang lokasi dipercayai menjadi pangkalan pelancaran dron di Afghanistan

Tindakan ketenteraan itu diambil sebagai tindak balas terhadap ancaman keselamatan yang didakwa berpunca dari seberang sempadan. - Foto X/Armed Forces Update
Tindakan ketenteraan itu diambil sebagai tindak balas terhadap ancaman keselamatan yang didakwa berpunca dari seberang sempadan. - Foto X/Armed Forces Update
Advertisement

ISLAMABAD: Pakistan memaklumkan pihaknya melancarkan serangan udara dan dron ke atas 10 lokasi di Afghanistan yang didakwa digunakan untuk menyimpan dron serta melancarkan serangan ke wilayah Pakistan.

Menteri Penerangan Pakistan, Attaullah Tarar, berkata operasi itu bersifat "sepadan dan terhad" serta hanya menyasarkan objektif ketenteraan yang dikaitkan dengan cubaan serangan dari Afghanistan.

Menurut beliau menerusi kenyataan di platform X pada Khamis, sistem pertahanan udara Pakistan sebelum ini berjaya mengesan dan memintas dron yang dilancarkan dari wilayah Afghanistan sebelum ia mencapai sasaran di Pakistan.

Advertisement

Tarar berkata tindakan ketenteraan itu diambil sebagai tindak balas terhadap ancaman keselamatan yang didakwa berpunca dari seberang sempadan, sambil menegaskan operasi berkenaan tidak menyasarkan orang awam.

 

Advertisement

 

Hubungan antara Islamabad dan Kabul terus berdepan ketegangan susulan dakwaan Pakistan bahawa kumpulan bersenjata menggunakan wilayah Afghanistan untuk merancang serta melancarkan serangan rentas sempadan.

Setakat ini, pihak berkuasa Afghanistan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan dan tindakan ketenteraan yang diumumkan Pakistan itu.

 

 

Must Watch Video

Advertisement