Skip to main content

Dunia

Palestin dakwa 467 serangan direkodkan di Tebing Barat dalam tempoh seminggu

tebing barat, AP
Pejabat itu turut mendakwa sekurang-kurangnya 75 rumah dan struktur milik penduduk Palestin diroboh atau dimusnahkan sepanjang tempoh penilaian tersebut. -Gambar fail/AP
Advertisement

RAMALLAH: Pejabat Perdana Menteri Palestin mendakwa tentera Israel dan kumpulan peneroka Israel telah melancarkan sekurang-kurangnya 467 serangan di Tebing Barat yang diduduki sepanjang tempoh seminggu lalu.

Menurut laporan situasi yang dimuat naik menerusi platform X, penduduk Palestin berdepan peningkatan operasi ketenteraan, rampasan tanah dan kemusnahan harta benda di beberapa kawasan di wilayah berkenaan.

 

 

Pejabat itu turut mendakwa sekurang-kurangnya 75 rumah dan struktur milik penduduk Palestin diroboh atau dimusnahkan sepanjang tempoh penilaian tersebut.

Pihak berkuasa Palestin berkata peningkatan insiden berkenaan mencerminkan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di Tebing Barat.

Menurut laporan itu, peningkatan keganasan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha yang didakwa bertujuan memindahkan penduduk Palestin secara paksa dan memperluaskan kawalan ke atas kawasan berkenaan.

Setakat ini, kerajaan Israel belum mengulas secara langsung mengenai angka yang dinyatakan dalam laporan Pejabat Perdana Menteri Palestin itu.

PBB dan beberapa badan hak asasi manusia sebelum ini turut melaporkan peningkatan keganasan peneroka serta insiden perobohan dan pemindahan penduduk Palestin di Tebing Barat sepanjang tahun ini.

 

Must Watch Video

Advertisement