awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran tanah gambut: Bayi, warga emas antara mangsa dipindahkan ke PPS
Bomba akan guna helikopter padam kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin kecam pembunuhan di pusat bantuan Gaza

Bernama
Bernama
19/07/2025
13:41 MYT
Palestin kecam pembunuhan di pusat bantuan Gaza
Pembunuhan sengaja terus terjadi melalui pengeboman, kebuluran, kehausan dan kekurangan rawatan perubatan. - AP
RAMALLAH: Kementerian Luar Palestin pada Sabtu mengecam sekeras-kerasnya apa yang digambarkan sebagai "pembunuhan beramai-ramai" oleh tentera Israel di pusat pengagihan bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza, dengan insiden terbaharu menyebabkan puluhan orang terbunuh dan cedera di utara Rafah.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan kementerian itu menyifatkan serangan tersebut sebagai "jenayah kejam" dan sebahagian daripada corak pembunuhan sengaja yang menyasarkan lebih dua juta penduduk awam di Gaza melalui pengeboman, kebuluran, kehausan dan kekurangan rawatan perubatan - semuanya, menurutnya, bertujuan memaksa penduduk berpindah secara paksa.
Kementerian itu berkata pihaknya terus menjalankan usaha diplomatik dengan negara dan badan antarabangsa bagi menghentikan jenayah ini, sambil menegaskan bahawa kegagalan masyarakat antarabangsa untuk bertindak merupakan satu bentuk keterlibatan.
Ia turut menggesa kebangkitan moral dan perundangan untuk menguatkuasakan penghentian segera terhadap apa yang digambarkan sebagai pembunuhan beramai-ramai, pemindahan paksa dan pengilhakan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pusat agihan bantuan
#bantuan kemanusiaan
#serangan Israel
#Gaza
#Palestin
#Pembunuhan
#genosid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan