Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye kembali ke mahkamah pada Isnin bagi menyambung semula perbicaraan kes rasuah beliau.

Geun-hye menghadapi pertuduhan termasuk peras ugut, rasuah dan membocorkan rahsia kerajaan.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Beliau bagaimanapun menafikan melanggar mana-mana undang-undang.

Presiden wanita pertama Korea Selatan itu dipecat daripada jawatannya awal bulan ini.

Rakyat Korea Selatan keluar mengundi 9 Mei untuk memilih presiden baharu.