awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Afrika Selatan lulus usul tutup kedutaan, gantung hubungan diplomatik dengan Israel

Bernama
Bernama
22/11/2023
09:44 MYT
Parlimen Afrika Selatan lulus usul tutup kedutaan, gantung hubungan diplomatik dengan Israel
Keputusan pelaksanaan itu bergantung kepada kerajaan pimpinan Presiden Cyril Ramaphosa. - Gambar fail
PRETORIA (Afrika Selatan): Parlimen Afrika Selatan pada Selasa mengundi menyokong penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan menggantung hubungan diplomatiknya dengan Israel.
Sebanyak 248 undi menyokong usul berkenaan manakala 91 menentang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Bagaimanapun, keputusan pelaksanaan itu bergantung kepada kerajaan pimpinan Presiden Cyril Ramaphosa.
Pada 6 Nov, Afrika Selatan memanggil pulang semua diplomatnya yang berada di Tel Aviv selepas pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.
Afrika Selatan turut mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague untuk menyiasat jenayah perang yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
"Di Afrika Selatan, kami bersama beberapa negara lain di seluruh dunia merujuk tindakan Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa, kerana kami percaya bahawa jenayah perang sedang dilakukan di sana dan mahkamah perlu menyiasatnya," kata Presiden Ramaphosa.
Demonstrasi besar-besaran dapat disaksikan di bandar-bandar Afrika Selatan yang mengecam pencerobohan Israel dan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#tutup kedutaan
#putus hubungan diplomatik
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan