awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Indonesia setuju ratifikasi perjanjian berkaitan jerebu

Bernama
Bernama
28/10/2014
06:48 MYT
Parlimen Indonesia setuju ratifikasi perjanjian berkaitan jerebu
Kerajaan Malaysia dan Indonesia juga sedang bekerjasama untuk merangka perjanjian persefahaman yang baharu di peringkat hubungan dua hala untuk menangani masalah jerebu.
Parlimen Indonesia bersetuju untuk meratifikasi Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan selepas 12 tahun ia ditandatangani, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit berkata keputusan itu dibuat pada 16 Sept lepas hasil rundingan negara-negara Asean termasuk Malaysia untuk kerajaan Indonesia menyegerakan proses ratifikasi berkenaan.
"Persetujuan Parlimen Indonesia untuk meratifikasi perjanjian tersebut merupakan tindakan positif yang amat dialu-alukan di mana ia menggambarkan kesungguhan kerajaan Indonesia untuk menangani masalah jerebu merentas sempadan secara lebih menyeluruh dan berkesan," katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang ingin mengetahui hasil rundingan Malaysia dan Indonesia dalam mencari langkah penyelesaian masalah jerebu yang sering dihadapi kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Dawos berkata kerajaan Malaysia dan Indonesia juga sedang bekerjasama untuk merangka perjanjian persefahaman yang baharu di peringkat hubungan dua hala untuk menangani masalah jerebu.
Ia memboleh kedua-dua negara berkongsi pengalaman, kepakaran dan maklumat berkaitan isu berkenaan, katanya.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Indonesia
#jerebu
#Malaysia
#Parlimen
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan