awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti konservatif menang pilihan raya Greece, ikrar lebih banyak pembaharuan

Bernama
Bernama
26/06/2023
01:40 MYT
Parti konservatif menang pilihan raya Greece, ikrar lebih banyak pembaharuan
Kyriakos Mitsotakis berjanji untuk melaksanakan lebih banyak pembaharuan secepat mungkin selepas partinya memenangi pilihan raya umum kedua dan memperoleh majoriti di Parlimen. - Gambar AP
ATHENS: Bekas Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis berjanji untuk melaksanakan lebih banyak pembaharuan secepat mungkin selepas partinya memenangi pilihan raya umum kedua dan memperoleh majoriti di Parlimen.
Selepas 95 peratus undi dikira, parti New Democracy (ND) memperoleh 40.55 peratus dan memperoleh 158 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 300 kerusi untuk membentuk kerajaan, menurut keputusan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
"Kami menerima mandat melakukan pembaharuan yang diperlukan negara kita dengan sepantas yang mungkin," kata Mitsotakis, lapor Xinhua. .
Beliau berkata, selepas diberi mandat untuk penggal kedua, Greece bakal mengalami perubahan lagi dan berikrar untuk membawa lebih banyak kemakmuran buat semua.
Parti sayap kiri PASOK- KINAL memperoleh 17.84 peratus undi, manakala parti PASOK-KINAL mendapat 11.88 peratus.
Sebanyak lapan parti dijangka memasuki Parlimen akan datang, selepas melepasi tiga peratus undi yang diperlukan di bawah undang-undang pilihan raya.
Pada Isnin, Presiden Greece, Katerina Sakellaropoulou akan memberi mandat kepada Mitsotakis untuk membentuk kerajaan baharu.
Pilihan raya pertama pada 21 Mei berakhir tanpa keputusan muktamad. Parti Frontrunner ND gagal memperoleh majoriti berdasarkan sistem pilihan raya yang digunakan.
Memandangkan tiada persetujuan dicapai untuk membentuk kerajaan campuran pada Mei, kerajaan sementara telah dilantik untuk menjalankan pilihan raya pusingan kedua.
Pilihan raya kedua yang diadakan pada Ahad, sistem pilihan raya yang dipinda telah digunakan yang memberikan bonus sehingga 50 kerusi tambahan untuk parti yang menang.
Pada pilihan raya umum 2019, ND menang dengan 39.8 peratus undi dan memperoeh 158 kerusi di Parlimen. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya Greece
#Kyriakos Mitsotakis
#New Democracy
#Perdana Menteri Greece
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan