awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti pembangkang India buat protes pro-demokrasi di seluruh negara

Bernama
Bernama
23/12/2023
02:30 MYT
Parti pembangkang India buat protes pro-demokrasi di seluruh negara
Penyokong melaungkan slogan ketika menyertai protes oleh pemimpin pembangkang INDIA yang menentang penggantungan ahli parlimen, di New Delhi, India, 22 Dis, 2023. (Foto AP)
NEW DELHI: Parti-parti pembangkang India yang berang atas tindakan menggantung hampir 150 ahli parlimen mengadakan protes pro-Demokrasi di seluruh negara pada Jumaat
Ramai pemimpin Indian National Developmental Inclusive Alliance (INDIA) menyertai protes di Jantar Mantar, berhampiran kompleks parlimen, di tengah Delhi manakala penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di pelbagai negeri.
Pembangkang menuduh parti memerintah Bharatiya Janata Party (BJP) telah mengganggu-gugat demokrasi.
Mereka berkata penggantungan 146 ahli parlimen yang mendesak perbincangan dibuat mengenai pencerobohan di parlimen baru-baru ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak demokratik.
"Semakin anda cuba menindas kami, kami akan terus bangkit. Kami berjuang bersama-sama untuk menyelamatkan negara dan demokrasi," kata presiden Parti Congress Mallikarjun Kharge.
Perikatan pembangkang menuntut Menteri Dalam Negeri Amit Shah membuat kenyataan mengenai pelanggaran keselamatan pada 13 Dis, apabila dua lelaki mengganggu prosiding di dewan rakyat selepas mereka melompat ke dalam bilik dari galeri pelawat dan melepaskan asap daripada kanister di tangan mereka.
Kharge berkata selepas menggantung anggota Parlimen pembangkang, kerajaan meluluskan undang-undang baharu
Undang-undang penting bagi merombak sistem keadilan jenayah, pelantikan ketua pesuruhjaya pilihan raya dan rang undang-undang telekomunikasi, diluluskan parlimen tanpa perbahasan kerana ketiadaan ramai ahli parlimen, menurut laporan akhbar Indian Express.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#pembangkang
#protes pro-Demokrasi
#penggantungan ahli parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan