PHNOM PENH: Parti pemerintah Kemboja, Parti Rakyat Kemboja (CPP) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Senat negara itu pada Ahad, menurut jurucakap parti.
Jurucakap CPP, Sok Eysan yang merujuk kepada keputusan awal berkata CPP memenangi majoriti besar undi dalam pilihan raya berkenaan.
"CPP memenangi sekurang-kurangnya 50 daripada 58 kerusi Senat yang dipertandingkan atau lebih 80 peratus daripada jumlah undi keseluruhan.
"Ini adalah satu lagi kejayaan besar bagi CPP selepas kami memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada Julai 2023," katanya kepada Xinhua.
Jurucakap itu turut mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri yang juga Presiden CPP, Samdech Techo Hun Sen, 71, akan mengambil alih jawatan presiden Dewan Senat selepas pilihan raya.
Presiden Dewan Senat akan memangku tugas ketua negara semasa raja berada di luar negara.
Dewan Senat mempunyai 62 kerusi, tetapi undian diadakan untuk 58 kerusi kerana dua senator akan dilantik oleh Raja Kemboja Norodom Sihamoni manakala dua lagi oleh Dewan Negara.
Sebanyak empat parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya pada Ahad iaitu CPP, Parti Funcinpec, Khmer Will Party dan Nation Power Party.
Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) berkata 11,730 atau 99.86 peratus daripada 11,747 pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya di 33 pusat mengundi di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Bekas Perdana Menteri Kemboja Hun Sen ketika membuang undi di pusat mengundi Takhmau, wilayah Kandal. - Foto AP
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Parti pemerintah Kemboja menang besar dalam Pilihan Raya Senat
Parti Rakyat Kemboja (CPP) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Senat negara itu pada Ahad.
Parti PM Kemboja menang 120 daripada 125 kerusi Parlimen dalam pilihan raya
Parti Funcinpec Putera Norodom Chakravuth memperoleh baki lima kerusi.
PM Kemboja Hun Sen letak jawatan, beri laluan kepada anak sulung
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, yang merupakan salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di dunia, mengumumkan peletakan jawatan pada Rabu.
Parti pimpinan PM Kemboja menang besar dalam pilihan raya Parlimen
Pilihan raya kali ini menyaksikan 18 parti politik bertanding.
Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
Speaker Malaysia antara 333 kenamaan asing pantau pilihan raya Kemboja
Antara pemerhati dan orang kenamaan asing termasuk Johari, PM Guinea-Bissau serta 11 bekas ketua negara, kerajaan dan parlimen.
Kemboja masih menderita hasil pengeboman AS setengah abad lalu - PM Hun Sen
Kemboja masih menderita akibat bom berangkai Amerika Syarikat yang digugurkan di negara Asia Tenggara itu setengah abad lalu, kata Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen pada Ahad.
Forum dan mesyuarat Datuk Bandar ASEAN bincang kerjasama bina bandar pintar
Datuk Bandar negara-negara (ASEAN) bertemu di Phnom Penh bagi membincangkan bagaimana untuk membina bandar pintar di rantau ini.
ASEAN berjaya atasi kebanyakan ancaman COVID-19 - PM Kemboja
Rantau ASEAN secara keseluruhan dijangka mencapai kadar pertumbuhan 5.3 peratus dan 4.9 peratus masing-masing pada 2022 dan 2023.
PM Kemboja arah banteras semua jenis perjudian haram
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen mengarahkan pihak berkuasa bertindak lebih tegas bagi membanteras semua jenis perjudian haram, termasuk loteri, sabung ayam dan poker.