Isteri Putera William, Kate Middleton selamat melahirkan bayi perempuan pada Sabtu, dan terus mencetuskan keraian dengan kelahiran seorang puteri yang akan menjadi pewaris keempat takhta diraja Britain.
“Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi perempuan pada 8.34 pagi (waktu London),” umum Istana Kensington yang merupakan kediaman rasmi pasangan diraja itu, dalam satu kenyataan.
Ibu dan anak “dalam keadaan selamat,” tambah kenyataan itu.
Putera William berada di sisi Kate dan ahli keluarga diraja telah dimaklumkan tentang berita ini, dimana ia mula diumumkan di Twitter.
Bayi yang akan dikenali dengan gelaran Puteri Cambridge dilahirkan seberat 3.7 kilogram dan bakal menjadi pewaris takhta selepas abangnya Putera George, dan di bawah anak Ratu Elizabeth iaitu Putera Charles dan anak sulung Charles, Putera William.
BACA: #RoyalBaby: Rakyat Malaysia kongsi gembira bersama pasangan William dan Kate
Nama yang popular di kalangan kaki judi di Britain adalah Alice dan Charlotte.
Pasukan media dari seluruh dunia bergerak ke hospital St Mary’s pada awal pagi, menyertai pengikut-pengikut ahli keluarga diraja Britain yang telah berkampung lebih dari seminggu.
“Mereka terus menjerit setelah mendapat tahu tentang kelahiran seorang puteri dan terus menjerit: “Bayi perempuan! Bayi perempuan!”
“Saya begitu teruja,” kata Margaret Tyler, 71, yang memakai jaket berwarnakan bendera Union Jack dan juga satu lencana yang terpapar potret Puteri Diana, ibu kepada putera William.
“William inginkan seorang bayi perempuan dan Diana juga pernah mahukan seorang bayi perempuan. Saya rasa ia amat bagus untuk George untuk ada seorang adik perempuan,” katanya.
Seorang lagi penyokong keluarga diraja John Loughrey berkata: “Saya begitu gembira. Saya begitu gembira untuk kerabat diraja.”
Istana Kensington berkata Kate dimasukkan ke hospital pada jam 6 pagi dan diiringi Putera William.
Perdana Menteri Britain David Cameron turut mengucapkan tahniah menerusi Twitter.
“Tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge. Saya begitu gembira buat mereka,” tulis beliau.
Sementara itu beberapa minit setelah mendapat berita bahawa Kate dimasukkan ke hospital untuk menunggu saat bersalin, hashtag #royalbaby terus menjadi trending dan lebih ramai berkumpul di hadapan hospital berkenaan.
“Saya dengar di radio dan saya terus datang ke sini,” kata Michelle Lassiter yang datang dari kawasan Guilford di London.
William dan Kate merancang untuk menghabiskan masa di Istana Kensington untuk beberapa hari setelah kelahiran bayi itu.
Mereka kemudian akan ke Anmer Hall, di kawasan Sandringham di Norfolk milik Ratu Elizabeth dimana mereka telah membina sebuah rumah di kawasan itu.
Nama bayi itu tidak akan didedahkan untu beberapa hari lagi.
Nama putera Williamsebelum ini juga tidak didedahkan sehingga seminggu selepas kelahirannya dan dunia harus menunggu sebulan untuk mengetahui nama Putera Charles.
George dinamakan hanya dua hari selepas kelahiran.
Pakar berkata kelahiran puteri diraja ini akan menyuntik jutaanringgit untuk ekonomi Britain, kerana seorang Puteri dijangka akan menjadi ikon fesyen.
Agensi
Sat May 02 2015
Isteri Putera William, Kate selamat melahirkan bayi dan Puteri Cambrige yang baharu ini akan menjadi pewaris keempat takhta diraja Britain. -Gambar fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Istana Kensington siar gambar rasmi pertama Kate Middleton selepas jalani pembedahan
Foto berkenaan, yang diambil oleh Putera William di Istana Windsor awal minggu ini, menunjukkan Kate yang tersenyum gembira bersama putera dan puterinya.
Istana Kensington kongsi foto rasmi perkahwinan Putera Harry-Meghan
Perkahwinan diraja Britain antara Putera Harry dan buah hatinya yang juga aktres Amerika Syarikat, Meghan baru-baru ini ternyata berjaya menarik perhatian umum seluruh dunia.
Keluarga diraja Britain kongsi gambar terbaharu Puteri Charlotte
Sekeping gambar terbaharu puteri diraja Britain Puteri Charlotte - anak kepada pasangan Putera William dan Kate Middleton telah didedahkan sempena ulang tahun kedua puteri itu.