awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan keselamatan Afghanistan musnah bazar dinamakan sempena pengasas Taliban

Bernama
Bernama
09/02/2018
09:10 MYT
Pasukan keselamatan Afghanistan musnah bazar dinamakan sempena pengasas Taliban
Ramai anggota militan Taliban telah terbunuh dan cedera dalam beberapa siri operasi di daerah Darqad, kira-kira 100 kilometer di utara bandar Taluqan, yang juga ibu kota wilayah itu. - Gambar hiasan
Pasukan keselamatan Afghanistan mula memusnahkan sebuah bazar yang dinamakan sempena pengasas Taliban, Mullah Mohammad Omar, pada Jumaat sejurus selepas mengusir anggota kumpulan militan itu dari sebuah daerah utama di utara wilayah Takhar.
"Pasukan keselamatan itu telah meratakan Bazar Omari dengan jentolak dan 30 peratus daripada bazar itu telahpun musnah," kata jurucakap Abdul Khalil Asir kepada agensi berita China Xinhua.
Terdahulu, pasukan keselamatan Afghanistan telah membersihkan beberapa kampung di daerah Darqad daripada militan Taliban.
Abdul Khalil berkata militan Taliban telah menduduki tanah itu secara haram dan membina sebuah bazar untuk memperkukuh cengkaman mereka di kawasan tersebut.
Ramai anggota militan Taliban telah terbunuh dan cedera dalam beberapa siri operasi di daerah Darqad, kira-kira 100 kilometer di utara bandar Taluqan, yang juga ibu kota wilayah itu.
Militan Taliban belum mengulas laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#bazar
#Bazar Omari
#jentolak
#keselamatan
#militan
#Mullah Mohammad Omar
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan