awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan PBB gesa pihak bertelagah di sempadan Israel-Lubnan elak ketegangan

Bernama
Bernama
08/10/2023
16:23 MYT
Pasukan PBB gesa pihak bertelagah di sempadan Israel-Lubnan elak ketegangan
UNIFIL berkata ia sedang berhubung dengan pihak berkuasa di kedua-dua pihak di semua peringkat 'untuk mengawal keadaan dan mengelakkan peningkatan yang lebih serius'. - Gambar fail/Wikipedia
ANKARA: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) pada Ahad menggesa pihak bertelagah supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh memburukkan keadaan berikutan peningkatan ketegangan di sempadan Lubnan-Israel.
"Kami menggesa semua pihak untuk mengelak konflik dan menggunakan mekanisme perhubungan dan penyelarasan UNIFIL untuk mengurang serta mengelak kemerosotan segera keadaan keselamatan," kata pasukan PBB itu di X, lapor Agensi Anadolu (AA).
UNIFIL berkata ia sedang berhubung dengan pihak berkuasa di kedua-dua pihak di semua peringkat "untuk mengawal keadaan dan mengelakkan peningkatan yang lebih serius."
"Pasukan pengaman kami kekal dalam kedudukan dan tugas mereka. Mereka terus bekerja, sebahagiannya dari tempat perlindungan untuk keselamatan mereka," tambahnya.
Tentera Israel pada Ahad mengesahkan serangan artilerinya ke atas Lubnan sebagai tindak balas kepada insiden tembakan roket.
Israel menyerang bukit Kafar Shuba dan bandar al-Mari di selatan Lubnan selepas serangan mortar, menurut seorang wartawan AA.
Hezbollah Lubnan mendakwa pada Ahad bertanggungjawab menyasarkan tiga pos Israel di kawasan Shebaa Farms.
Tiada komen daripada pihak berkuasa Lubnan mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNIFIL
#Serangan mortar
#pihak bertelagah
#keadaan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan