awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi

Bernama
Bernama
15/05/2025
22:10 MYT
Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Medinsky ketika bertemu media di Istanbul, Turkiye, 15 Mei 2025. REUTERS
MOSCOW: Vladimir Medinsky, ketua delegasi Rusia dalam rundingan damai dengan Ukraine yang dihoskan oleh Turkiye di Istanbul pada Khamis berkata, pasukannya mempunyai kuasa penuh untuk membincangkan semua perkara yang diperlukan bagi menyelesaikan konflik dengan Ukraine, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap pada sidang media di Istanbul, Medinsky menjelaskan, pendirian delegasi Rusia telah digariskan semasa mesyuarat pada hari sebelumnya, di mana Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mempersiapkan pasukan untuk rundingan itu.
Mesyuarat itu membincangkan pelbagai isu termasuk dasar luar, keselamatan, ekonomi dan industri pertahanan, dengan pemimpin tentera memberikan kemas kini situasi di barisan hadapan, katanya.
"Kami melihat rundingan ini sebagai kesinambungan proses damai yang bermula di Istanbul tetapi malangnya dihentikan oleh pihak Ukraine tiga tahun lalu. Delegasi rasmi kami telah diluluskan melalui dekri presiden dan mempunyai semua kuasa serta kecekapan yang diperlukan untuk menjalankan rundingan ini," kata Medinsky.
Beliau menambah, delegasi itu komited untuk bersikap konstruktif dan mencari penyelesaian serta titik persamaan.
"Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#rundingan damai
#delegasi rusia
#Vladimir Putin
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami