awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB beri amaran kebuluran di Gaza semakin parah

Bernama
Bernama
23/09/2025
02:00 MYT
PBB beri amaran kebuluran di Gaza semakin parah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran mengenai situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza ketika operasi ketenteraan Israel berterusan di seluruh wilayah itu. - Gambar fail Reuters
HAMILTON (Kanada): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin memberi amaran mengenai situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza ketika operasi ketenteraan Israel berterusan di seluruh wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Merujuk kepada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu sidang akhbar bahawa "ketika operasi ketenteraan Israel berterusan di Semenanjung Gaza, pertahanan awam Palestin melaporkan lebih 50 misi menyelamat dan pemulihan dilaksanakan dalam tempoh 10 hari lalu."
Menjelaskan mengenai masalah kekurangan makanan yang semakin memburuk akibat serangan berterusan Israel, Dujarric berkata: "Permusuhan mengganggu penyaluran bantuan makanan di Gaza, dengan kebuluran telah disahkan lebih sebulan lalu."
"Rakan pelaksana dalam bidang pemakanan melaporkan hampir separuh daripada pusat rawatan dilaporkan ditutup," katanya.
Situasi itu menyukarkan usaha mengesan kes baharu dan mengekalkan rawatan terhadap ratusan kanak-kanak.
Beliau turut memberi amaran bahawa "keluarga yang terdesak meninggalkan Bandar Gaza, dengan ramai bergerak ke arah Khan Younis dan Deir al-Balah di selatan, namun ruang untuk menampung kedatangan baharu amat terhad."
Menekankan bahawa tapak penempatan semula sudahpun sesak berikutan arahan pemindahan berulang kali oleh Israel, Dujarric mengulangi keperluan "mendesak" bantuan kemanusiaan bagi penduduk Gaza di utara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kebuluran Gaza
#PBB
#amaran PBB
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan