awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB suarakan kebimbangan operasi tentera Israel jejas tapak warisan Lubnan

Bernama
Bernama
01/11/2024
23:15 MYT
PBB suarakan kebimbangan operasi tentera Israel jejas tapak warisan Lubnan
Letupan dilihat di Tyre, sebuah tapak warisan UNESCO di Lubnan, susulan serangan Israel di negara itu. - Foto REUTERS
BEIRUT: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan pada Jumaat mengenai kesan serius operasi ketenteraan Israel terhadap orang awam di Lubnan, dengan memberi tumpuan kepada kerosakan pada tapak keagamaan dan budaya, lapor Xinhua.
Menurut pejabat PBB itu, sejak Oktober lepas, Israel telah memusnahkan atau merosakkan sekurang-kurangnya 10 masjid dan gereja. PBB menekankan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, serangan ke atas tapak keagamaan adalah dilarang.
PBB turut menyuarakan kebimbangan berhubung serangan berhampiran kompleks kuil purba yang disenaraikan sebagai tapak Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Baalbek, sambil menekankan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa menghendaki perlindungan tapak awam, kecuali jika penggunaan ketenteraan disahkan. Walaupun dalam kes sedemikian, ia menekankan serangan mesti seimbang dan dilaksanakan dengan berhati-hati.
Jeanine Hennis-Plasschaert, penyelaras khas PBB untuk Lubnan turut memberi amaran di media sosial mengenai risiko terhadap tapak warisan Lubnan di Tyre dan Baalbek, yang menempatkan runtuhan Rom kuno yang diiktiraf UNESCO.
"Warisan budaya Lubnan tidak sepatutnya menjadi satu lagi mangsa dalam konflik yang mengakibatkan kebinasaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#tapak warisan
#Unesco
#operasi ketenteraan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan