awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Negara AS lantik peguam khas dalam kes Hunter Biden

Bernama
Bernama
12/08/2023
12:15 MYT
Peguam Negara AS lantik peguam khas dalam kes Hunter Biden
Perlantikan peguam khas ini dianggap sebagai perkembangan penting bagi siasatan itu. - Gambar FB The United States Department of Justice
WASHINGTON: Peguam Negara Amerika Syarikat, Merrick Garland, telah melantik seorang peguam khas bagi siasatan terhadap Hunter Biden, anak lelaki Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
David Weiss, peguam Amerika Syarikat di Delaware yang menjalankan siasatan mengenai urus niaga kewangan Hunter Biden, telah dilantik oleh Garland sebagai peguam khas selepas perbincangan perjanjian rayuan dalam kes ini terhenti.
Perlantikan peguam khas ini dianggap sebagai perkembangan penting bagi siasatan itu.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menerusi fail mahkamah pada Jun mendedahkan bahawa Hunter Biden, yang telah disiasat oleh sebuah juri persekutuan sejak 2018, akan mengaku bersalah atas dua tuduhan jenayah kecil kerana gagal membayar cukai pada 2017 dan 2018 tepat pada masanya.
Bagaimanapun, pendakwaraya di Delaware mengumumkan pada Jumaat bahawa perbincangan mengenai perjanjian rayuan itu telah terhenti.
Peguam khas di Amerika Syarikat biasanya dilantik untuk menyiasat kes di mana Jabatan Kehakiman menganggap dirinya mempunyai konflik atau di mana ia dianggap sebagai kepentingan awam.
--BERNAMA -XINHUA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Peguam Negara
#kepentingan awam
#jenayah kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan