Lebih 1,200 penerbangan dijangka dibatalkan dalam masa tiga minggu selepas pekerja Iberia Airline menganjurkan mogok selama 15 hari bermula Isnin lalu.

Pada hari pertama mogok sebanyak 236 penerbangan dibatalkan.

Sebanyak 70 ribu penumpang dijangka terjejas dengan mogok anjuran kesatuan sekerja penerbangan tersebut.

Mogok berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan juruterbangnya.

Ia diadakan bagi membantah tindakan Iberia Airline yang mengurangkan 19 peratus kakitangannya susulan kerugian yang dialami syarikat terbabit tahun lepas.

Iberia mendakwa krisis ekonomi merupakan punca kepada kerugian tersebut.

Iberia Airline bergabung dengan British Airways pada 2011 bagi membentuk kumpulan penerbangan antarabangsa.

Dalam pada itu, kerajaan telah menggesa syarikat tersebut dan kesatuan sekerja mencari penyelesaian segera bagi menamatkan mogok berkenaan.