Skip to main content

Sukan

DPMM FC benam KRW FC 5-0, lonjak ke tangga ketiga

DPMM FC membelasah Kelantan Red Warrior FC 5-0 di laman sendiri, sekali gus naik ke tangga ketiga Liga Super dengan 18 mata selepas lapan perlawanan. - Facebook DPMM FC
DPMM FC membelasah Kelantan Red Warrior FC 5-0 di laman sendiri, sekali gus naik ke tangga ketiga Liga Super dengan 18 mata selepas lapan perlawanan. - Facebook DPMM FC
Advertisement

KUALA LUMPUR: DPMM FC mempamerkan aksi cemerlang di laman sendiri apabila membelasah Kelantan Red Warrior (KRW) FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, malam tadi.

Kemenangan keenam daripada lapan perlawanan itu melonjakkan DPMM ke tangga ketiga liga dengan 18 mata, menyamai kutipan mata pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di tangga kedua, yang masing-masing baru mengharungi enam perlawanan.

Skuad kendalian James McAllister itu memulakan pesta gol seawal minit kelapan menerusi Jordan Murray sebelum kapten pasukan Muhammad Azwan Ali Rahman menggandakan kelebihan tuan rumah lima minit kemudian.

Advertisement

Muhammad Hakeme Yazid Said menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-32, manakala Dalberto Luan Belo meledak gol keempat pada minit ke-36 untuk memastikan DPMM mendahului 4-0 pada akhir separuh masa pertama.

Dalberto kemudian menjaringkan gol keduanya pada minit ke-47, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah.

Advertisement

Sementara itu, kekalahan ketujuh daripada lapan perlawanan menyaksikan KRW FC terus menghuni tangga tercorot liga dengan tiga mata.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement