Skip to main content
Advertisement

Dunia

Pelabuhan Ras Tanura saksikan lonjakan eksport minyak mentah

A satellite image appear to show tankers next to floating structures off the coast of Ras Tanura, Saudi Arabia, September 20, 2026. EUROPEAN UNION/COPERNICUS SENTINEL-2/Handout via REUTERS. THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT.
Imej satelit menunjukkan beberapa kapal tangki minyak berlabuh berhampiran struktur terapung di perairan luar pesisir Ras Tanura, Arab Saudi. - Foto REUTERS
Advertisement

RIYADH: Pelabuhan Ras Tanura di Arab Saudi mencatatkan aktiviti pemuatan minyak mentah paling tinggi sejak tercetusnya konflik di rantau Asia Barat, menurut firma penjejakan kapal Kpler.

Kpler melaporkan enam kapal tangki gergasi jenis Very Large Crude Carrier (VLCC) memuatkan hampir 12 juta tong minyak mentah di terminal Ras Tanura dan Juaymah pada Isnin.

Menurut firma itu, perkembangan berkenaan menunjukkan aliran eksport minyak mentah Arab Saudi semakin pantas menyesuaikan diri dengan risiko dan gangguan yang dikaitkan dengan Selat Hormuz, laluan perkapalan penting bagi perdagangan tenaga dunia.

Kpler turut memaklumkan bahawa sebahagian daripada enam kapal berkenaan sebelum ini dikesan melakukan pemindahan minyak dari kapal ke kapal di laut dalam keadaan sistem penjejakan ditutup.

Amalan itu menyukarkan pergerakan kapal dikesan secara terbuka dan dilihat sebagai sebahagian daripada perubahan corak operasi perkapalan yang telah berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Peningkatan aktiviti di Ras Tanura berlaku ketika pasaran tenaga global terus memantau perkembangan keselamatan di sekitar Selat Hormuz yang menjadi laluan utama penghantaran minyak dari negara-negara Teluk.

Kebimbangan terhadap gangguan bekalan telah mendorong pengeluar dan syarikat perkapalan mencari alternatif bagi memastikan aliran eksport minyak tidak terjejas.

Ras Tanura merupakan antara terminal eksport minyak terbesar di dunia dan memainkan peranan penting dalam penghantaran minyak mentah Arab Saudi ke pasaran antarabangsa.

Pakar industri berpandangan peningkatan penggunaan kemudahan eksport di pelabuhan berkenaan menunjukkan usaha berterusan pengeluar minyak untuk mengekalkan bekalan global di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang semakin meningkat di rantau berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement