Bekas Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif dibaling kasut dalam satu majlis perhimpunan sebuah sekolah agama di Lahore.

Kejadian membaling kasut yang dilakukan oleh pelajar sekolah berkenaan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Pakistan.

Kejadian tersebut berlaku ketika Nawaz bangun untuk memberi ucapan pada perhimpunan sekolah itu, apabila pelajar berkenaan secara tiba-tiba melompat ke atas pentas dan menjerit.


Nawas pula kelihatan terkejut apabila kasut yang dibaling terkena bahunya.

Pelajar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis.

Pemimpin parti pembangkang, Pakistan Tehreek-e-insaf, Imran Khan mengutuk kejadian berkenaan.

Di Pakistan, tindakan membaling kasut dianggap penghinaan yang paling besar.

Pada 2013, seorang peguam membaling kasut ke arah bekas Presiden , Pervez Musharraf ketika beliau berjalan masuk bilik mahkamah untuk melanjutkan tempoh jaminan atas tuduhan bersubahat membunuh dan memecat hakim.