Skip to main content

Dunia

Pelajar, kakitangan Palestin heret Universiti Columbia ke mahkamah, dakwa diskriminasi berterusan

Penunjuk perasaan berkumpul di pintu masuk Universiti Columbia sebagai tanda sokongan kepada pelajar yang berkubu di Hamilton Hall pada 30 April 2024. Mereka berdepan ancaman penggantungan sekiranya enggan bersurai. - Gambar fail/ Reuters
Penunjuk perasaan berkumpul di pintu masuk Universiti Columbia sebagai tanda sokongan kepada pelajar yang berkubu di Hamilton Hall pada 30 April 2024. Mereka berdepan ancaman penggantungan sekiranya enggan bersurai. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

NEW YORK: Sekumpulan pelajar dan kakitangan Palestin, termasuk bekas warga universiti itu, memfailkan saman terhadap Universiti Columbia dengan dakwaan komuniti Palestin di institusi berkenaan berdepan layanan diskriminatif sejak penghujung 2023.

Menurut saman yang difailkan di New York, pihak universiti didakwa gagal melindungi warga Palestin daripada gangguan selain mengenakan prosiding disiplin yang disifatkan sebagai “tidak adil dan berat sebelah.”

Universiti Columbia sebelum ini menafikan sebarang amalan diskriminasi dan menegaskan pendiriannya menentang segala bentuk kebencian. 

Advertisement

Media tempatan, melaporkan universiti itu enggan mengulas lanjut berhubung tindakan undang-undang yang masih berjalan.

Universiti berkenaan menjadi tumpuan protes berkaitan perang Israel di Gaza, dengan penunjuk perasaan pro-Palestin menggesa Amerika Syarikat menghentikan sokongan kepada Israel serta menuntut institusi pendidikan itu menarik pelaburan daripada syarikat yang didakwa menyokong perang genosid di Gaza.

Advertisement

Columbia turut mengambil tindakan menggantung dan mengenakan hukuman disiplin terhadap sejumlah pelajar yang terlibat dalam protes tersebut, sekali gus mencetuskan kritikan daripada kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement