SEORANG pelajar kolej tidak menyangka video memaparkan beberapa keping foto yang dirakamnya semasa belajar di hadapan komputer menjadi tular di media sosial.
Sultan Gustaf Al Ghozali, seorang pelajar Indonesia di Universiti Semarang, telah merakam 'selfie' di hadapan komputer setiap hari selama lima tahun.
Dia dikatakan melakukan perbuatan itu bagi tujuan menjadikan satu video sebagai kenangan sempena upacara penyampaian ijazah kelak.
Namun setelah video tersebut menjadi tular, Ghozali berjaya memperoleh lebih AS$1 juta selepas menjual hak cipta digital video berkenaan menerusi token 'non-fungible'.
Selepas mempelajari tentang teknologi 'blockchain', pelajar berusia 22 tahun itu memuat naik foto-foto berkenaan di platform perniagaan NFT OpenSea dengan tajuk "Ghozali Everyday".
"Saya tidak sangka ada yang ingin membeli 'selfie' saya. Itu sebab saya hanya meletakkan harga AS$3 untuk setiap foto," katanya memetik laporan Channel News Asia.
Pada Jumaat setiap keping foto dijual pada 0.247 mata wang kripto ether (AS$806) selepas permintaan melonjak.
NFT merupakan satu platform yang menukar barangan digital daripada lukisan sehingga ke meme kepada barang digemari pengumpul yang tidak boleh disalin semula.
Ghozali bermula memuat naik 'selfie' pada Disember lalu dan dia mula menjana pendapatan lumayan setelah seorang chef selebriti membeli beberapa keping fotonya serta mempromosi Ghozali di akaun media sosialnya.
Dalam beberapa hari sahaja, lebih 400 individu membeli 'selfie' itu.
Sehingga petang Jumaat, jumlah dagangan Ghozali mencapai 317 ether, bersamaan dengan lebih AS1 juta.
"Secara jujurnya saya masih tidak berani memberitahu ibu bapa saya namun mereka mungkin akan tertanya di mana saya dapatkan duit itu," katanya lagi.
Ghozali sering mengemaskini statistik OpenSea video berkenaan di akaun Twitter miliknya, yang sehingga kini terdapat lebih 16,000 pengikut.
"Hari ini saya berjaya menjual lebih 230 'selfie' dan sehingga kini saya masih tidak faham mengapa ada orang ingin membeli foto NFT saya.
"Namun saya sangat bersyukur dan berterima kasih. Akhirnya usaha saya selama lima tahun membuahkan hasil," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya pada Selasa.
Ghozali, yang bercita-cita untuk membuka studio animasi sendiri satu hari ini berkata, dia akan melaburkan duit itu dan teruskan mengambil 'selfie' setiap hari sehingga tamat pengajian.
Astro Awani
Sat Jan 15 2022
Pada Jumaat setiap keping foto dijual pada 0.247 mata wang kripto ether (AS$806) selepas permintaan melonjak. - Foto Twitter/@Ghozali_Ghozalu
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Pengawal keselamatan konsert Taylor Swift dipecat sebab kemaruk nak selfie
Calvin Decker telah merakamkan selfie di hadapan Swift sewaktu diamanahkan menjaga bahagian tengah hadapan pentas.
Pelajar peroleh lebih AS$1 juta hasil jualan 'selfie' di NFT
Sultan Gustaf Al Ghozali telah merakam 'selfie' di hadapan komputer setiap hari selama lima tahun.
'Apa pun selamatkan kamera dahulu' - Wanita ini dikecam sanggup lemas demi 'content'
Kelihatan ombak besar menghampiri pantai, dan dalam sekelip mata ombak itu memenuhi kawasan darat sehingga menenggelamkan wanita terbabit.
Anggota Taliban diberi amaran henti tabiat 'selfie'
Menteri Pertahanan Afghanistan, Mullah Mohammad Yaqoob berkata, tindakan itu mencemar nama dan kedudukan mereka.
Lelaki lemas cuba selamat rakan tergelincir ketika 'selfie'
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang tergelincir ketika berswafoto berdekatan kawasan empangan di jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor, petang tadi.
Terlalu ghairah 'berselfie', tujuh penumpang mati lemas selepas bot terbalik
Polis Indonesia akan siasat sama ada kecuaian juga faktor kemalangan itu memandangkan tekong bot berkenaan hanya berusia 13 tahun
Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.
Fenomena ombak besar bukan untuk berpesta, berswafoto - Polis
Polis telah meningkatkan kawalan dan pemantauan di lokasi pantai tumpuan ramai di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Bagaimana nak pertahankan karya jurugambar yang dicilok?
Jurugambar perlu tahu hak mereka sekiranya karya-karya yang dibidik menjadi mangsa plagiat atau dicuri untuk kegunaan pihak lain.
Didakwa tolak permintaan peminat untuk bergambar, ini penjelasan Fasha Sandha
Tegas Fasha, populariti bukan kepentingannya kerana keselamatan dirinya serta anak-anak perlu diutamakan.