RIYADH: Arab Saudi menolak sepenuhnya laporan risikan Amerika Syarikat pada Jumaat yang mendakwa Putera Mahkotanya telah mengarahkan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.
Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Arab Saudi menegaskan dakwaan risikan itu sebagai laporan yang negatif, palsu dan tidak boleh diterima.
Malah, rumusan dan maklumat yang dibuat risikan Amerika Syarikat (AS) didakwa tidak tepat.
"Jenayah ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang telah melangkaui semua peraturan yang berkaitan dan kerajaan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan tragedi seperti itu tidak berlaku lagi," kata kenyataan itu lagi.
Pada Jumaat, laporan risikan yang diterbitkan AS mendedahkan pembunuhan Khashoggi pada 2018 itu telah diarahkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman.
Putera Mohammed dilapor meluluskan rancangan untuk menangkap atau membunuh Khashoggi yang hidup dalam buangan di AS.
Khashoggi dibunuh ketika berada di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Turki.
Mayatnya yang dipercayai dikerat dan dibuang tidak ditemui sehingga kini.
Mahkamah di Arab Saudi sebelum ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas lima individu yang didakwa bertanggungjawab atas pembunuhan Khashoggi.
Putera Mohammed bagaimanapun nafi terlibat mengarahkan pembunuhan itu.
Khashoggi merupakan pengkritik lantang pentadbiran Arab Saudi.
Astro Awani
Fri Feb 26 2021

Arab Saudi menolak sepenuhnya laporan risikan AS yang mendakwa Putera Mohammed Salman bertanggungjawab dalam pembunuhan Jamal Khashoggi (gambar). -Gambar fail

COVID-19 | Perancis arah individu dari empat negara dikuarantin
Perancis akan mengenakan kuarantin selama 10 hari bagi individu yang tiba dari Argentina, Brazil, Chile dan Afrika Selatan. Ia berikutan penemuan varian baharu COVID-19 di negara-negara berkenaan.

Vaksin COVID-19 | Golongan pendidik diberi keutamaan
Pihak berkuasa kesihatan Rio De Janeiro memulakan program vaksinasi terhadap golongan pendidik buat pertama kalinya pada Sabtu. Program ini dimulakan selepas kerajaan dikritik susulan proses vaksinasi yang didakwa perlahan di negara itu.

Vaksin COVID-19 | Libya mula program imunisasi secara rasmi
Sementara itu, Libya negara seterusnya yang melaksanakan program imunisasi mereka, dimulakan di bandar Tripoli. Kerajaan menyasarkan untuk mengagihkan bekalan vaksin ke seluruh negara selepas ini.

Vaksin COVID-19 | 129.49 juta orang di AS sudah terima dos pertama
Seramai 129.49 juta individu sudah menerima sekurangnya satu dos vaksn COVID-19 di Amerika Syarikat. Manakala 82.47 juta pula sudah melengkapkan dua dos suntikan.

COVID-19 | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif
Tujuh orang pelajar Maktab Mahmud Baling, Kedah disahkan positif COVID-19, pada Sabtu. Mereka terdiri daripada enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, memaklumkan siasatan bagi mengenalpasti kluster jangkitan wabak berkenaan masih lagi berjalan.

73.9 peratus majikan gagal patuhi Akta 446 - Awang Hashim
Sebanyak 10,961 atau 73.9 peratus majikan dikesan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dalam pemeriksaan yang dijSebanyak 10,961 atau 73.9 p

Lima anggota tentera maut dalam nahas helikopter di Peru
Kemalangan berlaku ketika helikopter yang membawa 12 anggota tentera itu sedang melakukan operasi pengintipan penyeludupan dadah.

2 wanita maut dirempuh gara-gara berita palsu tsunami
Mangsa Kristina Lelu dan Lisa Deram Akamaking terbunuh ketika bersesak-sesak melarikan diri akibat panik.

Pasangan warga emas terperangkap banjir diselamatkan
Pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap akibat banjir kilat di Kampung Laut Batu 9 1/2 Skudai berjaya diselamatkan pihak bomba.

#NoToLanun: Didik keburukan 'mencuri' sejak kecil - Sheila Rusly
Sheila Rusly berpendapat ibu bapa perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak tentang keburukan mencuri sejak mereka kecil lagi.

Rundingan nuklear Iran akan berlangsung beberapa hari lagi
Wakil Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan rundingan nuklear Iran akan berlangsung beberapa hari lagi, sebelum satu konsensus dicapai.

AS dan Jepun perkukuh kerjasama bilateral
Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memperkukuhkan kerjasama bilateral dua negara.

Ringgit turun tetapi masih bertahan pada paras 4.12 berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit menyusut ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini tetapi masih mampu bertahan pada paras 4.12 berbanding dolar AS.

COVID-19: Suntikan ketiga vaksin Pfizer mungkin diperlukan
Amerika Syarikat sedang bersiap untuk kemungkinan suntikan penggalak antara sembilan sehingga 12 bulan selepas individu diberi vaksin COVID-19, kata seorang pegawai White House pada Khamis.

COVID-19: Jumlah kes global melebihi 138.6 juta, kematian lebih 2.97 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 138.6 juta.

Bursa AS ditutup tinggi, angka inflasi tinggi
Saham di pasaran Amerika ditutup tinggi dalam dagangan Selasa selepas pelabur mengambil kira perkembangan terkini berkenaan vaksin Johnson and Johnson dan kadar inflasi Amerika yang kukuh.

Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir $40 bilion

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna
Pada 9 pagi, unit tempatan itu susut 10 mata asas kepada 4.1320/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 ketika mengakhiri urus niaga petang Isnin.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: Kes positif global 136.3 juta, korban lebih 2.94 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.24 juta kes.