awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan pencari bantuan di Gaza oleh Israel adalah jenayah perang - Human Rights Watch

Bernama
Bernama
01/08/2025
16:17 MYT
Pembunuhan pencari bantuan di Gaza oleh Israel adalah jenayah perang - Human Rights Watch
Human Rights Watch (HRW) menyifatkan tindakan tentera Israel membunuh orang awam yang sedang mendapatkan bantuan makanan di Semenanjung Gaza sebagai jenayah perang. - Gambar fail/REUTERS
BAITULMUQADDIS: Human Rights Watch (HRW) menyifatkan tindakan tentera Israel membunuh orang awam yang sedang mendapatkan bantuan makanan di Semenanjung Gaza sebagai jenayah perang, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Dalam laporan yang dikeluarkan pada Jumaat, pertubuhan itu mengkritik sistem pengagihan bantuan Israel yang didakwa pincang dan kini menjadi medan pertumpahan darah.
Laporan itu menyatakan bahawa keadaan kemanusiaan yang sangat buruk di Gaza adalah akibat langsung daripada penggunaan kebuluran oleh Israel sebagai senjata perang terhadap orang awam.
HRW menegaskan, menghalang rakyat Palestin daripada menerima bantuan penting adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan dan satu bentuk genosid.
HRW menyeru masyarakat antarabangsa agar mengenakan tekanan ke atas pihak berkuasa Israel untuk segera menghentikan penggunaan kekerasan membawa maut terhadap orang awam di lokasi pengagihan bantuan. Mereka turut menggesa agar sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan dihentikan serta-merta dan menuntut agar Amerika Syarikat dan Israel menggantung sistem pengagihan bantuan yang pincang.
Pertubuhan itu turut merayu agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan kemanusiaan lain menyambung semula pengagihan bantuan di seluruh Gaza tanpa sekatan.
Ia menegaskan pertubuhan itu berkeupayaan menyalurkan makanan mengikut piawaian kemanusiaan dan selaras dengan keputusan mengikat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kes genosid yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pencari bantuan di Gaza
#Israel
#jenayah perang
#Human Rights Watch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami