JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan isteri Iriana Joko Widodo selesai mengundi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) 10, Kelurahan Gambir kira-kira pukul 8.55 pagi waktu tempatan.
Di saluran TPS ini, Jokowi didaftar sebagai pengundi nombor 50 manakala Iriana dengan nombor ke 47.
Jokowi berkata, ini pesta demokrasi rakyat Indonesia, jadi beliau mengharapkan agar pemilihan hari ini berjalan lancar dan aman.
"Alhamdulillah saya dan ibu Iriana telah melakukan pencoblosan dalam rangka pemilihan Presiden dan wakil Presiden, pemilihan DPR RI.
‘Ini pesta demokrasi rakyat Indonesia, jadi saya mengharapkan agar pemilihan hari ini berjalan lancar dan aman’ katanya, selepas selesai mengundi, " katanya selepas selesai melakukan pengundian.
Dalam pada itu, Ketua Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara atau KPPS TPS 10, Hamdy Basjar berkata daftar pemilih tetap (DPT) di TPS tempat Jokowi mengundi seramai 120 orang.
Pemilihan kepimpinan baharu Indonesia memasuki fasa penting hari ini apabila kira-kira 204.8 juta pengundi layak untuk keluar mengundi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.
Sebanyak 820,161 TPS di 38 provinsi membuka pintu kepada para pengundi selama enam jam bermula 7 pagi sehingga 1 tengah hari
Negara demokrasi ketiga terbesar di dunia ini bakal menentukan pengganti Presiden Jokowi yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.
Essan Yahya
Wed Feb 14 2024
Jokowi bersama isterinya Iriana selepas selesai mengundi di TPS 10, Kelurahan Gambir. - Astro AWANI
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.