Rasionalisasi pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta dilihat masih kabur dari segi aspek sosial, malah ia seolah-olah hanya memberi keuntungan kepada golongan bisnes dan konglomerat, dakwa Prof Dr Musni Umar.
Rektor Universitas Ibnu Chaldun Jakarta itu berkata, kajian lebih mendalam tidak dilakukan mengenai impak perpindahan berskala mega itu ke atas rakyat Indonesia, khususnya di Jakarta dan Kalimantan sendiri.
“Kepentingan bisnes untuk pemindahan ibu kota, bukan untuk kepentingan rakyat. Rakyat sebenarnya tidak akan dapat apa-apa bahagian daripada pembangunan ibu kota itu.
“Kecuali, para elit, para penguasa ekonomi, yang berkolaborasi dengan penguasa politik.
"Jadi, saya termasuk orang yang tidak setuju dengan pemindahan ibu kota ini. Tambahan pula dengan adanya kajian yang mendapati lebih banyak mudarat daripada manfaatnya,” katanya sewaktu ditemubual dalam program Awani Pagi hari ini.
BACA: Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bagai satu magnet yang kuat - Penganalisis
BACA: "Beban Jakarta sudah terlalu berat" - Jokowi
Selain itu, Musni berkata, ia sangat berbeza dengan pemindahan pusat pemerintahan negara ini dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 90-an.
Ini kerana, katanya, jarak antara dua lokasi itu agak dekat dan ia berlaku tanpa mengabaikan kepesatan ekonomi yang tertumpu di bandar raya Kuala Lumpur.
“Jakarta mempunyai punya sejarah Indonesia Merdeka yang diproklamasikan di sana. Sejarah perjuangan itu banyak yang lahir di Jakarta. Untuk mempertahankan kemerdekaan itu, di Jakarta. Dan berbagai sejarah ini tidak boleh dilupakan.
“Jadi, kalau pemindahan misalnya ibu kota, pemerintahan seperti di Malaysia, dari Kuala Lumpur ke Putrajaya tak ada masalah, itu masih dekat. Sekarang, kalau pindah di Kalimantan itu, kedutaan harus pindah semuanya.
“Pejabat parti politik, parlimen harus pindah. Semua pejabat harus pindah. Semua pejabat-pejabat di Jakarta itu, dengan wang yang sangat besar, mahu dijual kepada orang-orang kaya, para konglomerat?” soalnya lagi.
BACA: Pemindahan ibu negara Indonesia beri manfaat besar kepada Sabah - Shafie
BACA: Ibu negara Indonesia bakal berpindah dari Jakarta
Pada 26 Ogos lalu, Presiden Joko Widodo mengumumkan lokasi tepat berhampiran bandar Samarinda dan Balikpapan di Kalimantan Timur yang akan menjadi ibu negara baharu Indonesia.
Azyyati Ahmad
Tue Jan 07 2020
Musni berkata, Jakarta mempunyai banyak sejarah berkaitan kemerdekaan yang tidak boleh dilupakan. - Astro AWANI
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.