awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt

Bernama
Bernama
14/09/2024
22:15 MYT
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
WHO mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN, yang dibangunkan oleh Bavarian Nordic A/S, sebagai vaksin mpox pertama yang ditambah ke dalam senarai prakelayakannya. - Foto fail/REUTERS
KINSHASA: Republik Demokratik Congo (DRC), "pusat" wabak mpox yang sedang melanda Afrika akan melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinannya pada 2 Oktober, umum kerajaan lewat Jumaat, lapor Xinhua.
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober itu menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa, menurut minit mesyuarat mingguan majlis menteri.
"Proses perolehan 3,000 dos vaksin untuk kanak-kanak sedang berjalan dengan lancar," kata minit itu.
Laporan yang dikeluarkan Jumaat oleh Kementerian Kesihatan Congo mendedahkan bahawa DRC, yang dianggap sebagai "pusat" wabak mpox semasa, telah melaporkan 21,813 kes yang disyaki, termasuk 716 kematian sejak awal 2024, merangkumi kira-kira 90 peratus daripada kes di Afrika.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN, yang dibangunkan oleh Bavarian Nordic A/S, sebagai vaksin mpox pertama yang ditambah ke dalam senarai prakelayakannya.
Wabak mpox yang sedang melanda Afrika telah diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa oleh WHO pada pertengahan Ogos, dengan kemunculan varian clade 1b yang kurang difahami tetapi lebih berbahaya, yang pertama kali dikesan di DRC pada September 2023. Varian ini sejak itu telah dilaporkan dikesan di negara-negara termasuk Sweden dan Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mpox
#vaksin
#fasa pertama
#pusat wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan